Masa

1Remaja 1Malaysia

Friday, August 27, 2010


Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.


Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani,sosial, emosi dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".





Program Rakan Muda telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia pada 29 Oktober 1994 dengan misi terasnya untuk melahirkan potensi tertinggi generasi muda supaya berupaya mendukung matlamat pembangunan negara.



Cabaran pencapaian misi ini ialah membentuk generasi muda yang lengkap dengan gugusan nilai-nilai murni, berfikiran positif, menguasai ilmu dan kemahiran bagi menempuh kemajuan peradaban yang akan datang. Progam Rakan Muda yang dizahirkan melalui "Sembilan Gaya Hidup" mengadunkan elemen-elemen Pembangunan Minda, Pembangunan Kemahiran, Pembangunan Rohani, Pembangunan Kemasyarakatan dan Kecergasan Fizikal.










0 comments:

Post a Comment

Info Bulan Ini